Kesan Mpemba

on Wednesday 11 January 2012



Kesan Mpemba ialah satu keadaan di mana cecair bersuhu tinggi (panas) membeku lebih pantas daripada cecair bersuhu normal atau lebih rendah (menghampiri 0). Penyejatan,pengaliranolakan dan pembubaran partikel gas (partikel gas dijarakkan) adalah faktor-faktor yang mungkin penyebabkesan Mpemba ini.

Kesan Mpemba diberi nama sempena seorang pelajar sekolah tinggi di yang bernama Mpemba di Tanzania, Afrika pada 1969. Beliau tersedar tentang perkara ini semasa sedang membuat ais krim, dan berasa ingin tahu tentang kecepatan membeku acuan ais krim beliau sehingga telah membuat nota sendiri. Guru beliau tidak percaya tentang perkara tersebut - air panas membeku lebih cepat dari air sejuk, dan setelah beberapa tahun sehingga profesor di sebuah university akhirnya menerima penemuan beliau.

Macam mana air boleh membeku ? sudah tentu faktornya suhu yang rendah bukan : D

Aku terangkan secara ringkas difinisi penyejatan, pengaliran, olakan dan pembubaran partikel gas.

Penyejatan ;
Penyejatan ialah keadaan dimana molekul yang mempunyai tenaga yang lebih tinggi akan meninggalkan molekul bertenaga rendah, dan akan membuatkan suhu bahan tersebut semakin rendah.

Pengaliran ;
Pengaliran disini bermaksud tenaga yang dialirkan. Suhu sesuatu bahan akan lebih cepat berubah jika ia bersentuh dengan satu medium yang merupakan pengalir tenaga yang baik (heat conductor) - seperti gelas besi.

Olakan ;
Olakan ialah pergerakan, seperti perolakan ombak. Di dalam artikel ini, olakan bermaksud perpindahan tenaga haba melalui pergerakan gas ataupun cecair tersebut. Kita selalu kucai air panas nak bagi lebih sejuk kan ? Itulah olakan.

Pembubaran partikel gas ;
Pembubaran partikel gas bukanlah perkataan sains tetapi ia ialah satu keadaan dimana partikel-partikel gas akan mempunyai tenaga yang banyak sehingga berpisah atau berjarak dengan partikel-partikel yang lain.

Enough with the science, here is the gif-picture of Mpemba Effect.


Amazing right ?

How cold is it ? Around -20' Celcius, they said.
Ranking: 5
 
© InfoSitBack All Rights Reserved